Majlis Persaraan Tuan Haji Hasan Habidin Bin Timin

January 18, 2011 Leave a comment

5 Okt. 2010: Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Cawangan Muar telah mengadakan satu majlis persaraan Tuan Haji Hasan Habidin Bin Timin. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Ketua Nazir Negeri Johor, Ketua Nazir Negeri Melaka, Timbalan Ketua Nazir Negeri Johor, Ketua Nazir Cawangan Muar dan Nazir Sekolah daripada JNJK Johor dan JNJK Cawangan Muar.

Beliau merupakan Nazir Sekolah yang bertugas di JNJK Cawangan Muar semenjak 1997. Ketika beliau menjawat sebagai Nazir Sekolah, beliau merupakan Ketua Kawalan Mutu Dan Kualiti JNJK Caw. Muar selain menjalankan penaziran bagi mata pelajaran matematik.

Tuan Haji Hasan Habidin merupakan seorang yang luas pengalaman di dalam bidang pendidikan. Beliau pernah bertugas sebagai guru di Pulau Aur, Mersing dan seterusnya menimba pengalaman sebagai Guru Besar di beberapa buah sekolah di Johor sebelum menjawat jawatan sebagai Nazir Sekolah di JNJK Caw. Muar.

Sepanjang bertugas sebagai Nazir Sekolah, pelbagai pengalaman dalam bidang penaziran telah beliau peroleh, antaranya membuat pemeriksaan di pedalaman Sarawak. Perwatakan beliau amat disenangi selain banyak memberi nasihat dan bimbingan kepada rakan sejawat. Komitmen yang tinggi terhadap tugas yang diamanahkan kepada beliau tidak menjadi batu penghalang dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa. Ini terbukti apabila kedua-dua anak beliau berjaya menjejaki langkah beliau sebagai pendidik. Persaraan beliau merupakan satu kehilangan bagi warga JNJK Cawangan Muar.

Categories: Uncategorized

Maju Selangkah Ke Hadapan

July 19, 2010 Leave a comment

Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti Cawangan Muar kini maju selangkah ke hadapan dengan mewujudkan web blog. Tujuan web blog ini diwujudkan adalah bagi memberikan informasi kepada seluruh institusi pendidikan berkaitan peranan JNJK Caw. Muar, objektif JNJK, peranan, visi dan misi JNJK.

Pihak JNJK Caw. Muar kini dalam proses mewujudkan halaman web rasmi sendiri. Segala maklum balas kepada kami boleh email kepada jns.muar@moe.gov.my

Terima Kasih

Categories: Uncategorized
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.